Dah pertengahan tahun ramai lagi tengah belajar komputer…

Sekarang dah masuk bulan Jun. Musim ni kebanyakan lepasan SPM dah berterabur samada sambung Tingkatan 6 atau tengah ready nak masuk Poli, ILP atau IPTA/IPTS atau dah pun masuk ke Kolej2 Swasta yang banyak di Malaysia ni. Ramai jugak sebenarnya pelajar saya yang dah pun berjaya sambung belajar peringkat Diploma. Tahniah.

Di Pertengahan tahun ini saya menerima kedatangan kakak-kakak senior (umur 30 – 50 tahun) yang belajar komputer. Setiap petang riuh rendah lah mereka ni memenuhi lab saya tu. Memang best sebab maklumlah semuanya manja2 gitu dengan saya ni nak belajar komputer sampai terrer. Ada yang tukang masak, peniaga, usahawan dan macam2 latarbelakang lagi. Penat ngan depa ni tapi saya solute depa jarang ponteng kelas. Semuanya nak membuktikan yang depa pun tak kalah ngan adik2 / anak2 yang jauh lebih muda.

Kepada anda yang belum lagi mai belajar kat sini, sila lah…

musim lepasan SPM daftar kelas komputer

SPM baru jer habis.. lega dan ceria jer sy tengok budak2 tu. Tips yang saya boleh beri selepas SPM ni ialah JANGAN fikirkan lagi apa2 mengenai SPM. Apa nak jadi dengan keputusan? biaq p lah.. Life goes on, banyak lagi ujian nak kena hadapi. Yet dah tak leh buat apa2 pun nak ubah SPM tu. So bulan 3/4 nanti p jer ambik result. Apa pun keputusannya, teruskan langkah ke IPT atau alam pekerjaan.

Sementara tu, bulan 12 ni berduyun2 students (kebanyakkannya lepasan SPM) mai register komp dengan saya nih. Yang dah daftar, Aidar Nadira, Asmidar, Quratu’ain, suqiroh, Atikah, Adnin, Norhazami, Hasimah,Tini, Juwadi, Vinat (SMK Pulau Nyior), zawiyah, Nurshamsinar, nur izzani, nur Izzalikha (SMK Indera Putra),  Nazliyana, Fatiha, Syaza, Salwaniza, Nabila, Elfira, Madihah, Lyana (SMK Paya Kemunting) Emi, Najihah, Hidayah (SMKBandar Baru Darulaman) dan ramai lagi dah pun mendaftar (tak larat nak type). Anda bila lagi…?

ps/..Kepada yang baru baca blog ni. Blog ni khusus kepada pelajar2 yang berada di sekitar Daerah Kubang Pasu yang ingin belajar komputer di Pusat Latihan Komputer Jitra (ANS Komputer).

SPM bermula hari ini.. Good Luck!

Kepada semua pelajar SPM (esp pelajar ANS) saya doakan anda berjaya jawab dengan tenang. Semoga peroleh kejayaan cemerlang kay..

SPM dah nak start….

SPM muncul lagi. Ramai stud la ni yang dah terketaq2, takut, tak leh tido terkenangkan nak exam. Believe me, kalau u all dah studi,  u all pasti akan dapat jawab apa jua soalan yang keluar (tak semestinya 100 lah). Studi ni memang habit cam tu. Bila kita dah pulun baca, studi, latih tubi, hafal, tuisyen, doa etc..bila time exam jer, insyaAllah mudah jawab. So jangan dok ketaq sangat. Jawab macam biasa.

Pe2 pun saya doakan semua pelajar berjaya mengharungi peperiksaan SPM tahun 2007 ini dengan tenang dan boleh menjawab dengan jayanya.

Tahniah to stud ans yang masuk U

Ramai juga x stud ANS Jitra yang further study. Tahniah.

Tahniah kepada pelajar ANS yang sambung ke IPT

Norain, Izzati dan member2 lain yang dapat tempat di IPT, tahniah diucapkan. Sempat jugak saya bagi tips kehidupan sbg siswa siswa di kampus yang memang best tu. Ada juga yang sambung belajar di Poli, Ting 6, IPTS, bekerja dan ada lagi yang dok di rumah tunggu tawaran yea..

Kpd yang masih menunggu tu, ni la masanya lengkapkan diri dengan kemahiran tertentu. Surely computer skill is a must.  Fazilah (stud sy skg) ada bagitau..’kawan saya yang suruh saya mai kelas komputer ni, dulu (lepas exam SPM) dia dah ajak tapi saya tangguh. La ni member tu dah dapat kerja dan sijil komputer tu banyak membantu”. Its true Fazilah but never too late kan.

English Communication

p5032477.jpg

I’ve just finished conducting an english communication class last week. For these youngster, their prob is too ’smart’ to speak in english tough the’re able to understand others talking. Mmm.. eventually end of the class at least they having fun & cleared with thier vision & looking more confident.

Come & join us..

Kursus Penyenggaraan Komputer

p4092227.jpgSaya & team baru habis beri kursus penyenggeraan komputer untuk pelajar KEMAS. Yang hadir ialah pelajar2 lepasan SPM, so depa ni cepat tangkap. Sepanjang 4 hari bengkel, pelajar dah pandai pun buka, pasang dan do some pc maintainance. Kalau ada PC dirumah yang rosak sikit2 tak yah hantar kedai lagi dah. Bleh detect dan cuba repair sendiri. Silap2 boleh buka bengkel sendiri.

Itu lah ilmu.

Kepada yang berminat nak belajar hardware pc, boleh lah contact saya noo..

Dah grad pun

Pelajar2 dalam gambar di bawah sudah pun menamatkan pengajian komputer di ANS  minggu ni.  Ada yang akan sambung ke IPT. Apa pun mereka dah ada basic computer dan lebih berkeyakinan apabila sambung belajar lagi.

Banyak juga tips yang saya berikan kepada mereka. Terbaru saya ceritakan bagaimana menyediakan tugasan (assingment) yang akan mereka buat di IPT nanti.

p3112023.jpg

Sebahagian dari pelajar ANS

p2211877.JPG

Sebahagian pelajar lepasan sekolah sekitar Daerah Kubang Pasu yang mengikuti kelas komputer di ANS Jitra. Mereka adalah lepasan SPM & STPM dari sekolah SMK Tungku Anum, SMK Tanjung Pauh, SMK Tunku Seri Indera Putra, SMK Hosba, SMK Jitra, SMK Bandar Baru Darulaman & SMK Seri Mahawangsa.
Berdiri dari kiri: Mastura, Izla, Mas, Linda, Yana, Ishyam, Saran.
Duduk dari kiri: Shafura, Zarina, Atiqah.