Siapa anda?
Adakah anda pelajar sekolah tingkatan 4, 5 atau 6, anda pelajar lepasan SPM yang menunggu kemasukan ke IPTA/IPTS atau yang ingin bekerja.. yang pasti, anda perlukan sijil!
Kenapa anda perlukan sijil?
Anda perlukan sijil sebab anda ingin bekerja. Tidak kira anda nak bekerja sebagai kerani, akaun, pentadbir atau lain2 jawatan, tidak kira di sektor kerajaan (awam), swasta atau di sektor industri, pasti anda perlukan kemahiran komputer, peluang lebih cerah semasa sesi ‘interview’ … atau
anda ingin sambung belajar ke universiti / kolej. Di sana anda nak kena buat ‘assingment’, ‘presentation’ dll – perlukan kemahiran komputer.
Dengan adanya sijil IT, peluang anda lebih cerah berbanding dengan mereka yang tidak mempuayai sijil. Pengalaman rakan-rakan anda dan ribuan pelajar di seluruh Negeri Kedah yang telah mengikuti kursus di ANS, mengesahkannya.
Anda akan dilatih berpandukan silibus yang diiktiraf dan penekanan kepada latihan amali (hands-on) sehingga anda mahir di bawah seliaan Tutor. Di akhir kursus anda akan dianugerahkan sijil.
………………………………………………………………………….
Program ini adalah untuk memberi latihan asas MS Windows XP dan MS Office yang digunakan secara meluas dihampir semua sektor – pendidikan dan pekerja di organisasi awam dan swasta.
PENGIKTIRAFAN
Sijil ini dianugerahkan oleh Institut Teknologi ANS. Kursus diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
SYARAT PENGAMBILAN
Pengambilan pelajar dibuat sepanjang tahun
Tidak ada kelayakan yang tertentu yang diperlukan untuk kursus ini
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6
Pelajar yang menunggu keputusan SPM / STPM
Pelajar lepasan sekolah yang ingin bekerja / melanjutkan pengajian ke IPTA / IPTS
Introduction to Computer + Hardware
MS Windows XP
MS Office – Word
MS Office – Excel
MS Office – Power Point
……………………………………….
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment
