SPM… hari ni..!!

Hari ni keputusan SPM diumumkan. Kita dah tahu lebih awal seorang pelajar dah pun tahu dapat 19A1. Memang kita respect kat pelajar Johor tu. Tapi jangan lupa respect jugak dekat diri sendiri kerana telah pun menamatkan pengajian peringkat sekolah. Lepas ni kita akan ‘berangkat’ ke alam IPT atau bekerja. Alam lain plak tu..

So SPM camana? Berapa A kita boleh dapat?

Again, A menjadi pertanyaan mak ayah guru & semua orang. Begitu tinggi harapan mereka kat kita sorang ni. Nak buat camana, sebab inilah persepsi masyarakat Malaysia hari ini…bergantung kepada A. Apapun tahniah kepada yang banyak dapat A.

Yang tak dapat A? Janganlah risau plak sebab syarat masuk U kebanyakkannya minimum kredit C6. Tapi pastikan BM dan Math dapat min C6. Kalau tak dapat, pastikan anda mendaftar untuk mengulang. BM dan Math ni sangat2 penting sebagai syarat ke IPT mahu pun bekerja di sektor kerajaan nanti. Ingat tu.

Semua ini akhirnya bergantung kepada nasib & rezeki jugak. Kadang2 pelajar yang dapat minimum dapat masuk, yang dapat banyak A’s tak dapat atau sebaliknya. Itu lah yang terjadi saban tahun dan kali ini harap2 nasib akan menyebelahi anda.

Hari ini dalam tempoh sepuluh hari anda mesti concentrate untuk membuat permohonan kemasukan ke mana2 IPTA / IPTS. Janji anda sambung belajar. Di tempat saya (Pusat Latihan Komputer ANS, Jitra) tu, dah hampir 100 orang pelajar lepasan SPM sekitar Daerah Kubang Pasu yang sambung belajar kursus komputer jangkapendek.

Mereka ni sebaik sahaja abih exam tahun lepas dah plan siap dah.. Abis saja exam, belajar komputer, ambik sijil komputer dulu apa2 pun. Lagi pun cuti bukannya buat apa di rumah. Yang dapat pi PLKN pergilah dahulu. Bila dah balik, cepat2 ambik semula kelas komputer. Sebaik sahaja panggilan bulan Jun nanti (kebanyakan intake ke IPT pada bulan 6), pelajar sudah pun tamat pengajian komputer (dapat sijil) dan lebih bersedia untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat memohon.

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment